Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Kejutan Buat Peminat. Aaron Aziz Sepentas Dengan Chris Hemsworth

Pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz memberi kejutan buat peminatnya apabila memuat naik video di media sosialnya bersama pelakon Hollywood yang popular dengan watak Thor, Chris Hemsworth. 

Aaron Aziz bersama Iedil Putra di Manila atas jemputan untuk Malam Gala Filem Extraction 2. Turut bersama mereka di atas pentas adalah Sam Hargrave, pengarah filem tersebut yang juga merupakan pengarah kepada Avengers : Endgame. 

Advertisement

Aaron Aziz meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang berkenaan dan turut memuji aksi yang ada di dalam filem Extraction 2. 

"Alhamdulillah untuk peluang berada di Manila. Allah Maha Mengetahui,

"Babak aksi dalam filem Extraction 2 gempak gila. 100 kali lebih baik daripada Fast X. Kamu semua harus menonton," tulisnya. 

Ramai peminat dan netizen berbangga dan gembira dengan 'kejutan' yang dikongsikan pelakon kelahiran Singapura itu. 

 


 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

 

@therealaaronaziz Alhamdulillah ini lah surprise yg Abg katakan. ALLAH knows best.@NetflixMY @NetflixFilm : #TylerRakeLives #Extraction2PH Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X. @chrishemsworth @samhargrave (Director) @iedilputra #f #fyp #fy #fypシ #aaron #aaronaziz #fypシ゚viral ♬ DJ PAIJO MUMET NDASE CR yt Yanz - Zeus66`music☠️

 

 

SINAR Muzik Retro Terbaik