Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Luar Biasa! Yuna Cipta Sejarah, Jadi Artis Malaysia Pertama Lepasi 1 Bilion Streams di Spotify

Foto: Instagram

Penyanyi terkenal negara, Yuna sekali lagi mencipta pencapaian membanggakan apabila berjaya menjadi artis Malaysia pertama yang merekodkan lebih 1 bilion penstriman di platform Spotify.

Advertisement

Perkara itu mula menjadi perhatian selepas satu perkongsian di Threads tular, yang menunjukkan kedudukan artis dengan jumlah penstriman tertinggi, di mana Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai berada di tangga teratas berbanding beberapa nama besar lain.

Dalam senarai tersebut, Yuna mengatasi Fish Leong yang mencatat sekitar 590 juta streams, manakala Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza pula merekodkan kira-kira 549 juta penstriman.

Foto: Instagram

Selain rekod cemerlang itu, Yuna juga dilaporkan mempunyai lebih 3.7 juta pendengar bulanan serta sekitar 476,000 pengikut di Spotify.

Karya-karya penyanyi berkenaan turut mendapat sambutan luas di peringkat antarabangsa dengan antara negara tertinggi yang mendengar muziknya ialah Amerika Syarikat, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Australia.

Yuna

Foto: Instagram

Pencapaian tersebut sekali lagi membuktikan pengaruh Yuna bukan sahaja kuat di Malaysia, malah turut menembusi pasaran muzik global hasil perjalanan kerjaya seninya di luar negara sejak bertahun-tahun lalu.

Malah, beliau turut dikenali menerusi kolaborasi bersama artis antarabangsa seperti Usher, Jhene Aiko dan Tyler, The Creator, yang turut membantu memperluaskan lagi capaian muziknya.

Lagu-lagu popular seperti Terukir di Bintang, Crush, Lullabies dan beberapa karya lain turut menyumbang kepada jumlah penstriman yang tinggi di platform tersebut.

Foto: Instagram

Di ruangan komen, ramai netizen meluahkan rasa bangga dan menganggap kejayaan itu sebagai satu pencapaian besar buat industri muzik Malaysia.

Rata-rata menyifatkan Yuna sebagai antara artis tempatan yang berjaya membawa nama negara ke pentas global melalui muziknya.

Ada juga yang berpendapat kejayaan ini membuktikan bahawa artis Malaysia mampu bersaing di peringkat antarabangsa sekiranya mendapat ruang dan peluang yang sesuai.

Sumber: Threads @yunationals

SINAR Muzik Retro Terbaik