Skip to main content

Advertisement

Hiburan & Rekreasi

Tengah Syok Karaoke, Pasangan Suami Isteri Terkedu Diserbu JAIS - “Laki Aku Sampai Lupa Tarikh Kahwin…”

Foto: Tangkap layar video TikTok

Satu pasangan suami isteri mencuri perhatian warga maya selepas berkongsi pengalaman mereka diperiksa pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ketika sedang berkaraoke di sebuah pusat hiburan.

Advertisement

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @mekkanjer, pasangan tersebut pada awalnya dilihat sedang menyanyi bersama sebelum suasana bertukar sedikit cemas apabila pintu bilik karaoke mereka dibuka oleh individu dipercayai penguat kuasa agama.

Pegawai terbabit kemudian memberi salam sebelum bertanyakan status hubungan mereka berdua.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila si suami dilihat panik sehingga terlupa tarikh sebenar mereka mendirikan rumah tangga.

Malah, si isteri sendiri sempat berseloroh mengenai situasi tersebut menerusi kapsyen video berkenaan.

“Random betul tiba-tiba JAIS datang check. Lagi lawak bila suami aku lupa tahun kami kahwin,” tulisnya.

Menurut wanita itu lagi di ruangan komen, suaminya sempat memberitahu mereka baru berkahwin tahun lalu sedangkan anak mereka sendiri sudah berusia setahun.

Bagi mengelakkan salah faham berterusan, si isteri segera menunjukkan kad nikah sebagai bukti mereka merupakan pasangan suami isteri yang sah sebelum pegawai terbabit mengucapkan terima kasih dan beredar dari bilik karaoke itu.

 

@mekkanjer first time kena adeh🤣 #jais #karoke #fyp ♬ original sound - MEKKANJERRR

 

 

Meninjau ke ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan reaksi spontan pasangan berkenaan selain meninggalkan pelbagai komen lucu.

“Masalahnya siapa report orang karaoke ni? Sampai macam tu sekali,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kalau aku panic macam ni pun boleh terus lupa dah kahwin,” komen netizen lain.

Selain itu, ada juga yang mencadangkan supaya sijil atau kad nikah diwujudkan dalam bentuk digital bagi memudahkan pasangan menunjukkan bukti perkahwinan.

“Boleh tak lepas ni kad kahwin buat versi apps je, senang nak tunjuk,” tulis seorang netizen.

Dalam masa sama, ramai turut mengakui mereka sendiri tidak membawa kad nikah ke mana-mana dan lebih selesa menyimpan salinan dokumen penting itu di dalam telefon bimbit sebagai langkah berjaga-jaga.

Sumber: TikTok @makkanjer

SINAR Muzik Retro Terbaik