Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Di Sabah Kami Betul-Betul Bernyanyi, Tidak Bergantung Pada Populariti..” - Ryenald Guntabid Bongkar Realiti Dunia Muzik Borneo

Foto: Facebook

Penyanyi muda berbakat dari Sabah, Ryenald Guntabid, semakin mencuri perhatian dalam industri muzik tanah air selepas mencatat kejayaan membanggakan di Anugerah Industri Muzik ke-24.

Advertisement

Kehadirannya dilihat sebagai antara bakat baharu yang sedang menyerlah dengan kekuatan vokal tersendiri.

Walaupun masih baharu dalam perjalanan seni, Ryenald meluahkan rasa syukur atas pencapaian yang diraih dan menganggap ia sebagai permulaan penting dalam kerjayanya.

Beliau turut berkongsi pengalaman sebagai anak seni dari Sabah yang perlu berusaha lebih keras untuk membina nama dalam industri.

Menurutnya, latar belakang dari Sabah banyak mempengaruhi cara beliau melihat dunia muzik dan persembahan pentas.

“Di Sabah ni, satu yang saya boleh katakan, menyanyi bukan sekadar untuk peminat atau untuk nampak di media sosial. Bila kami buat persembahan, kami memang betul-betul fokus pada muzik,” katanya.

 

 

 

Tambahnya lagi, penonton di Sabah lebih menghargai kualiti sebenar seorang penyanyi di atas pentas.

“Kau nak nyanyi dengan baik, kau nak tunjuk siapa kau sebagai penyanyi. Itu yang paling penting,” jelasnya.

Ryenald juga berpendapat bahawa suasana industri di Sabah mempunyai keunikan tersendiri berbanding Semenanjung Malaysia.

“Di Sabah, walaupun ada persaingan, tapi ruang dia mungkin lebih terbuka untuk kami berkembang,” katanya.

 

 

Beliau turut mengakui bahawa di Semenanjung, industri lebih besar dan persaingan jauh lebih sengit kerana jumlah artis yang ramai.

“Berbeza dengan Semenanjung, industri dia lebih padat dan kompetitif,” ujarnya.

Perkongsian itu secara tidak langsung memberi gambaran jelas tentang kekuatan ekosistem muzik di Sabah yang melahirkan ramai bakat berkualiti walaupun tidak selalu berada di arus perdana.

Perjalanan dan pandangan Ryenald ini dikongsikan menerusi program Confession Bilik Gelap yang dikendalikan oleh Sudirman Mohd Tahir.

Sumber: YouTube SYOK

SINAR Muzik Retro Terbaik