Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Tetap Pilih Awak..” - Awal Ashaari Kongsi Ucapan Sweet Sempena Ulang Tahun Ke-14 Perkahwinan dengan Scha Alyahya

Foto: Instagram

Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, menitipkan ucapan istimewa buat isterinya, Scha Alyahya sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14.

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari meluahkan rasa cinta serta menghargai perjalanan rumah tangga yang telah mereka lalui bersama selama ini.

Menurutnya, perkahwinan mereka tidak hanya dipenuhi detik manis, tetapi turut melalui pelbagai cabaran yang akhirnya membentuk dan menguatkan lagi hubungan sebagai suami isteri.

“14 tahun… dan entah bagaimana you masih rasa seperti rumah untuk saya.

“Kita bukan hanya melalui hari-hari yang indah, tetapi juga fasa sukar yang banyak mengajar kita,” katanya.

Foto: Lifestyle Asia

Pelakon filem Syurga Cinta itu bagaimanapun turut menegaskan bahawa Scha tetap menjadi pilihan hatinya tanpa mengira keadaan.

Tambahnya, Scha adalah insan yang sentiasa menjadi sumber kekuatan dalam hidupnya.

“Kita pernah jatuh, tapi kita tetap saling menyayangi. Dalam apa jua keadaan, saya tetap memilih awak.

“Awak adalah kekuatan saya dan sebab untuk saya terus menjadi milik awak selamanya.

“This is our story and I’d live it all over again with you. Happy anniversary, my love,” tulisnya lagi.

Foto: Instagram

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang turut menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.

Untuk rekod, Awal dan Scha mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya dan kini telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Lara Alana dan Lyla Amina.

Sumber : Threads @awalashaari

SINAR Muzik Retro Terbaik