Skip to main content

Advertisement

Hiburan

BLACKPINK Cipta Sejarah, Semua Ahli Tampil Serentak di Met Gala Buat Kali Pertama

Foto: The Hollywood Reporter

Kumpulan K-pop BLACKPINK yang dianggotai Jennie, Jisoo, Lisa dan Rosé mencatat detik bersejarah apabila kesemua ahlinya hadir ke acara Met Gala pada tahun yang sama buat pertama kali.

Advertisement

Kemunculan serentak mereka di acara fesyen paling berprestij itu menjadi perhatian dunia, sekali gus mengukuhkan lagi pengaruh BLACKPINK dalam industri fesyen antarabangsa yang telah dibina sejak kemunculan mereka lebih sedekad lalu.

Foto: Getty Image

Lisa mencuri tumpuan apabila dilantik sebagai sebahagian daripada jawatankuasa hos Met Gala. Dia tampil dengan busana eksperimental rekaan Robert Wun yang menampilkan elemen tangan tiga dimensi, diinspirasikan daripada bentuk tangannya sendiri, menjadikan penampilannya antara yang paling unik pada malam tersebut.

Rosé memilih busana hitam Saint Laurent rekaan Anthony Vaccarello, jenama yang sudah sinonim dengannya sebagai duta. Rosé turut menjelaskan bahawa dia meneliti inspirasi di sebalik jenama itu sebelum memilih pakaian tersebut, termasuk unsur seni yang pernah menjadi inspirasi Yves Saint Laurent. Penampilannya disempurnakan dengan aksesori berlian daripada Tiffany & Co.

Foto: Getty Image

Jennie hadir dengan gaun biru Chanel yang dihiasi ribuan perincian sequin berbentuk daun. Sebagai duta lama jenama itu, penampilannya kekal elegan dan konsisten dengan imej fesyen mewah yang sering dikaitkan dengannya. Dia turut menggambarkan dirinya seperti karya seni hidup dengan setiap perincian direka untuk memberi efek bercahaya.

Jisoo pula membuat penampilan sulung di Met Gala dengan gaun khas Dior rekaan Jonathan Anderson. Tampil dalam rona merah jambu lembut, dia mengakui berasa teruja namun sedikit gugup kerana ini merupakan pengalaman pertama menghadiri acara tersebut. Dia juga meluahkan keterujaan untuk bertemu ahli kumpulan yang lain di dalam acara itu.

BLACKPINK sebelum ini baru sahaja menamatkan jelajah dunia mereka yang menerima sambutan luar biasa, sekali gus mengukuhkan lagi status mereka sebagai antara kumpulan K-pop paling berpengaruh di dunia.

Kemunculan bersama di Met Gala ini bukan sahaja mencuri perhatian peminat, tetapi turut mengukuhkan dominasi mereka dalam dunia hiburan dan fesyen global.

Sumber: The Hollywood Reporter

SINAR Muzik Retro Terbaik