Skip to main content

Advertisement

General

Baru Nak Tunai Haji.. Jemaah Indonesia Minta Turun Dari Pesawat, Risau Ayam di Rumah Belum Makan

Foto: Tangkap layar video Facebook

Perjalanan sekumpulan jemaah haji dari Indonesia mencuri perhatian ramai apabila seorang wanita warga emas secara tiba-tiba mahu turun dari pesawat hanya kerana teringat ayam peliharaannya di rumah belum diberi makan.

Advertisement

Momen mencuit hati itu dikongsikan menerusi video di Facebook oleh pengguna bernama Mawar Endeng Marendeng yang memaparkan suasana dalam kabin pesawat menjadi sedikit kelam-kabut.

Beberapa pramugari bersama petugas haji dilihat cuba memujuk wanita terbabit yang berkeras mahu keluar dari pesawat selepas memikirkan keadaan ayam-ayamnya di kampung.

Difahamkan, jemaah wanita itu berasal dari Kabupaten Mamuju di Sulawesi Barat.

 

 

Menurut kapsyen video berkenaan, wanita tersebut sempat meminta untuk turun sambil memaklumkan dia belum sempat memberi makan kepada ternakan peliharaannya sebelum berangkat menunaikan ibadah haji.

Walaupun situasi itu pada awalnya menimbulkan rasa cemas dalam kalangan penumpang lain, keadaan kembali tenang selepas wanita berkenaan berjaya dipujuk untuk meneruskan perjalanan.

Lokasi sebenar kejadian bagaimanapun tidak didedahkan dalam video tersebut.

Memetik laporan Tribun News, wanita itu merupakan sebahagian daripada kumpulan 12 jemaah haji Indonesia yang dijadualkan berlepas pada 28 April dari Mamuju menuju ke Makassar.

Kumpulan berkenaan melibatkan seramai 393 individu terdiri daripada 387 jemaah haji dan lima petugas pengiring.

Sumber: Facebook Mawar Endeng Marendeng

SINAR Muzik Retro Terbaik