Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Guna Bom Tangan Sebagai Tukul, Warga Emas Terkejut Fungsi Sebenar

Seorang wanita warga China berusia 90 tahun tidak sedar menggunakan bom tangan untuk memecahkan kacang dan mengetuk paku selama dua dekad.

Malah, wanita tersebut menemukan objek logam itu ketika bekerja di ladangnya dekat Xiangyang iaitu wilayah Hubei.

Advertisement

guna bom tangan sebagai tukul, warga emas terkejut fungsi sebenar

Dia juga amat yakin ia adalah tukul dan terus membawa objek itu pulang serta menggunakannya untuk menumbuk semua benda, daripada kacang hingga paku logam.

Sepasukan pekerja merobohkan rumah lama wanita itu minggu lalu sebelum menyedari ada objek seperti bom tangan.

Pihak polis melaporkan bahawa pemegang kayu bom tangan itu menjadi licin dan berkilat kesan penggunaan bertahun-tahun, manakala kepala logam itu penuh dengan lekuk.

“Saya menggunakannya di rumah untuk menumbuk lada merah, memecahkan kacang, dan menukul paku,” katanya.

Pekerja tersebut memaklumkan penemuan objek itu kepada pihak berkuasa dan tindakan pantas diambil Balai Polis Huangbao.

Satu unit khas yang mengesahkan bahawa objek yang mencurigakan itu sememangnya bom tangan.

Bom tangan itu telah dimusnahkan dengan betul untuk mengelakkan kecederaan tidak sengaja.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik