Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ustaz Kazim Pernah Terkena Penyakit Misteri, Kisah Kini Difilemkan

Pendakwah, Datuk Ustaz Kazim Elias mengakui kehidupannya berubah sekelip mata apabila diserang penyakit misteri kira-kira empat tahun lalu.

ustaz kazim pernah terkena penyakit misteri, kisah kini difilemkan

Dia mengetahui tentang penyakit tersebut apabila dia mengalami perubahan fizikal pada wajah terutamanya bahagian mata dan bibir.

Advertisement

Penyakit misteri dihidapinya menyentuh perasaan penyanyi Mawi untuk mengangkat kisah Ustaz Kazim ke layar perak.

Filem berjudul Zim Zim Ala Kazim mempunyai suntikan elemen mistik bagi menceritakan kisahnya dan memberi pengajaran buat penonton.

“Ini adalah satu kisah mistik dan sebenarnya apa yang dilalui Ustaz Kazim itu, saya juga pernah hadapi situasi yang lebih kurang sama dengannya.

“Kalau diikutkan tidak sukar untuk meyakinkan dia. Dalam perjumpaan kali kedua, dia ceritakan lebih mendalam. Pada pertemuan ketiga pula, saya bawa penulis skrip untuk berada bersama kami.

“Berkenaan dengan jalan cerita pula, kira-kira 70 hingga 80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya saya ada tokok tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik