Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Usah Sentuh Isu Perkauman” - UiTM Kekal Untuk Pelajar Bumiputera

Dasar Universiti Teknologi MARA (UiTM) untuk pelajar Melayu, Orang Asli dan anak Sabah serta Sarawak seperti yang terkandung Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan tidak akan diubah.

“usah sentuh isu perkauman” - uitm kekal untuk pelajar bumiputera

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, pihaknya memaklumkan dasar itu dikekalkan oleh kerajaan bagi mencapai usaha untuk merapatkan jurang antara kaum terutama melibatkan aspek sosio ekonomi.

Advertisement

“Laporan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada tahun 2024 oleh Kementerian Ekonomi menunjukkan masih terdapat jurang ekonomi melibatkan bumiputera daripada segi purata pendapatan bulanan, pegangan ekuiti korporat, kadar kemiskinan, pengeluaran tenaga kerja mahir serta kelayakan profesional.

“Malah kadar miskin mutlak dalam kalangan bumiputera masih memerlukan usaha secara berterusan untuk diperbaiki.

“Oleh demikian, pengekalan dasar UiTM untuk kaum Melayu, orang asli dan anak negeri Sabah dan Sarawak ini masih diperlukan,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik