Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tukang Urut ‘Pegang-Pegang’ Pelanggan Remaja Dipenjara

Perbuatan keji seorang tukang urut melakukan amang seksual fizikal terhadap pelanggannya yang merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun pada tahun lalu telah dikenakan hukuman penjara.

tukang urut ‘pegang-pegang’ pelanggan remaja dipenjara

Lelaki tersebut dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Sesyen di Kuala Terengganu.

Advertisement

Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Ishak Abdul Rahman, 57, didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Ishak didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 16 tahun 10 bulan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan keji itu di sebuah pondok di daerah Dungun pada pukul 8.45 malam, 21 Februari 2023.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukan hukuman maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh sabitan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik