Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar tiada unsur jenayah dan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya memaklumkan siasatan setakat ini tidak menemui sebarang elemen jenayah mengenai kes penemuan mayat mangsa di sekitar Sungai Klang, pada 14 Ogos lalu.
Advertisement
“Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR. Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.
“Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah,” ujarnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan Allahyarham Nidza Afham, 23, hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puteri, Klang untuk berjoging, kira-kira pukul 7.45 petang, 13 Ogos lalu.
Sumber: Kosmo Online