Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tak Perlu Lagi Pelekat Road Tax? Ini Pengumuman Penting JPJ Bermula Februari 2026!

tak perlu lagi pelekat road tax? ini pengumuman penting jpj bermula februari 2026!

POS Malaysia semalam mengesahkan bahawa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi akan mengedarkan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dalam bentuk bercetak bermula 1 Februari 2026. Pengumuman ini sekali gus menandakan penamatan sepenuhnya perkhidmatan percetakan LKM, termasuk melalui kiosk-kiosk Pos Malaysia di seluruh negara.

Advertisement

Seiring dengan perubahan ini, orang ramai yang masih mahukan pelekat LKM fizikal dinasihatkan supaya mencetaknya di cawangan Pos Malaysia sebelum tarikh tersebut, kerana perkhidmatan berkenaan akan dihentikan sepenuhnya selepas itu.

Walaupun keputusan ini mungkin mengundang reaksi bercampur-campur dalam kalangan pengguna jalan raya, hakikatnya ia bukanlah satu perubahan baharu. JPJ sebelum ini telah memaklumkan bahawa LKM dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) kini boleh dipaparkan secara digital melalui aplikasi MyJPJ.

tak perlu lagi pelekat road tax? ini pengumuman penting jpj bermula februari 2026!

Paparan digital ini sah digunakan dan boleh ditunjukkan kepada pegawai penguat kuasa sekiranya diminta, sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada dokumen fizikal.

Menariknya, pada minggu lalu dilaporkan bahawa orang ramai kini boleh memohon kad lesen memandu fizikal dengan bayaran RM20. Langkah ini memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang masih memerlukan lesen dalam bentuk fizikal, terutamanya bagi tujuan tertentu.

Antara sebab utama lesen fizikal masih diperlukan ialah untuk permohonan International Driving Permit (IDP) bagi rakyat Malaysia yang ingin memandu di luar negara, di mana dokumen fizikal masih menjadi syarat penting.

Langkah menghentikan LKM bercetak ini jelas mencerminkan komitmen JPJ dan kerajaan ke arah pendigitalan perkhidmatan awam, selari dengan usaha menjadikan urusan lebih cekap, mesra alam dan mudah diakses melalui peranti pintar.

Namun begitu, tempoh peralihan yang panjang sehingga Februari 2026 memberi ruang kepada orang ramai untuk menyesuaikan diri, khususnya golongan yang masih selesa dengan dokumen fizikal.

Bagi mereka yang masih mahukan pelekat LKM sebagai rujukan atau simpanan, inilah masanya untuk bertindak sebelum tirai ditutup sepenuhnya.

Sumber: Pos Malaysia

SINAR Muzik Retro Terbaik