Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tertuduh Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Junior UPNM Guna Seterika

Seorang pelajar senior Universiti Pertahanan Awam Nasional Malaysia (UPNM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pegawai kadet junior universiti itu dengan menggunakan seterika wap panas bulan lalu.

tertuduh mengaku tidak bersalah cederakan junior upnm guna seterika

Tertuduh Amirul Iskandar Norhanizan, 22, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Egusra Ali.

Advertisement

“Saya mengaku tidak bersalah,” kata Amirul Iskandar.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Muhammad Salman Mohd. Saiful Surash, 20, dengan menggunakan seterika wap yang panas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bilik di blok Akademi Latihan Ketenteraan UPNM, Kem Sungai Besi di sini pukul 11.45 malam pada 22 Oktober lalu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik