Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Tengok Video Ni Auto Nangis’ - Netizen Sebak Tengok Anak Istimewa Berniaga

Seorang pemuda orang kelainan upaya (OKU) mencari rezeki dengan berniaga air botol mendapat perhatian orang ramai

‘tengok video ni auto nangis’ - netizen sebak tengok anak istimewa berniaga

Menurut perkongsian video di laman TikTok @Truelynogorisembilan, remaja yang dikenali sebagai Aniq Fitri itu sentiasa ceria sepanjang perbualan walaupun sukar bertutur dengan jelas.

@trulynogori9 📍Abang Jual Air atas motor. Korang Jumpa aniq nanti support ye. @Aniq Fitri #trulynogori9 #abangrider #abangjualair #seremban ♬ original sound - TRULYNOGORISEMBILAN

Advertisement

Pemuda itu dilihat sedang menjual air berkenaan di atas sebuah motor yang diparkir di hadapan sebuah pasar raya di Seremban.

Rata-rata orang ramai menyatakan kekaguman terhadap pemuda OKU itu yang terus kuat mencari rezeki biarpun kudrat tidak seperti manusia biasa.

“Kenapa air mata mengalir ni. Tak boleh tengok macam ni. Moga sentiasa di bawah lindungan Allah, Aniq,” kata seorang pengguna TikTok.

“Alahai, bagusnya tengok awak ni! Semoga dipermudah urusan” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik