Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Tembakan Roket Hizbullah Akibatkan Kebakaran Di Utara Israel

Serangan roket dilancarkan dari Lubnan oleh kumpulan Hizbullah telah mengakibatkan kebakaran di sebahagian besar utara Israel dengan pasukan penyelamat berusaha sejak semalam untuk mengawal api yang marak.

tembakan roket hizbullah akibatkan kebakaran di utara israel

Menurut media tempatan, beberapa rumah terbakar dan penduduk Israel yang tinggal di bandar berhampiran sempadan Lubnan dipindahkan beberapa bulan lalu berikutan pertempuran yang semakin memuncak antara Israel dan Hizbullah. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Advertisement

Serangan tersebut itu juga mengarahkan tentera Israel menghantar peralatan dan anggotanya untuk membantu mencegah api merebak dengan cepat akibat cuaca panas dan kering, dengan enam anggota simpanan tentera dilaporkan cedera ringan setakat ini.

“Pasukan dapat mengawal kebakaran dan pada peringkat ini, tiada nyawa manusia yang terancam,” kata tentera.

Tambahnya, pihak berkuasa Israel juga memaklumkan kebakaran merebak meliputi ratusan ekar.

Sumber: Berita Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik