Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Telur Mata ‘Goyang’ Punca 2 Pelajar Maut? 33 Keracunan Makanan

Baru-baru ini, kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dilaporkan maut selepas mengalami cirit-birit akibat makan makanan dibawa pulang dari sebuah program sekolah agama di Gombak, Sabtu lalu.

telur mata ‘goyang’ punca 2 pelajar maut? 33 keracunan makanan

Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), pihaknya tidak menolak kemungkinan keracunan tersebut disebabkan telur mata.

Advertisement

Pengarah JAIS, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, beliau telah mengeluarkan arahan agar menghentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki mempunyai kaitan dengan kes kematian tersebut .

“Mungkin ada (kaitan telur mata tersebut) sebab makanan yang jadi punca sakit perut kepada 33 yang lain dibawa balik oleh ibu dan bapa mangsa.

“Saya dilaporkan ada kes melibatkan kematian yang boleh dikaitkan dengan peristiwa akibat makan makanan bermasak yang dibeli perkhidmatannya oleh JAIS untuk program amal islami di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Cincin.

“Saya telah menerima laporan semalam dan telah meminta bahagian pendidikan Islam untuk hentikan perkhidmatan bekalan makanan disyaki ada kaitan dengan kes ini,” katanya.

Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar dan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menangani kes begini berulang.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik