Telefon bimbit dipercayai milik Nur Farah Kartini Abdullah, 25, telah ditemukan dalam sebuah parit Kampung Sri Kledang, di Hulu Selangor, hari ini.

Selepas satu jam operasi pencarian dilakukan Unit Skuba (Unit Forensik) Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dibantu pihak bomba, mereka telah menemui bahan bukti tersebut ditemukan kira-kira 12.20 tengah hari.
Advertisement
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya memaklumkan akan ke lokasi kejadian pada pukul 1 petang.
Terdahulu, suspek lelaki berusia 26 tahun itu dilihat dibawa ke lokasi kejadian dipercayai bagi membantu pihak berkuasa dalam usaha mengesan barang bukti yang berada di sebuah parit di lokasi kejadian.
Sumber: Kosmo Online