Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Taman Seri Muda Kini ‘Bersih’ Daripada PATI

Baru-baru ini, penduduk setempat dikejutkan dengan operasi bersepadu pendatang asing tanpa izin (PATI) di pusat perniagaan Taman Sri Muda, Seksyen 25 di Shah Alam.

taman seri muda kini ‘bersih’ daripada pati

Malah, tindakan itu bagaikan memberikan sinar baharu kepada komuniti tempatan untuk lebih berasa selesa dan selamat di situ.

Advertisement

Ini ditambah dengan tindakan lebih agresif pihak berkuasa menggeledah setiap pelosok blok dan asrama sehingga berjaya menahan 602 PATI pelbagai warga. 

Seorang pekerja restoran, Intan Nuriffaizza Nordin, 23, berkata, operasi itu membuatkan lokasi itu lebih ‘bersih’, seterus­nya menangkis sebarang anasir-anasir jenayah dilakukan warga asing. 

Katanya, suasana sebelum ini tidak ubah seperti tanah air mereka sendiri, malah kebanyakan mereka seolah membuat perangai seperti di ‘rumah’ mereka sendiri.

Ini sekaligus menimbulkan kurang keselesaan untuk komuniti tempatan yang telah lama tinggal di situ.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik