Papua New Guinea memaklumkan kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) bahawa lebih 2,000 orang tertimbus dalam tanah runtuh yang menenggelamkan sebuah kampung di pedalaman negara itu.

Menurut laporan pusat bencana kebangsaan kepada pejabat PBB di Port Moresby, pihaknya memaklumkan tragedi tersebut amat memilukan apabila ramai mangsa terlibat.
Advertisement
“Bencana tanah runtuh yang menenggelamkan Kampung Kampung Yambali di wilayah Enga itu menyebabkan lebih 2,000 orang tertimbus hidup-hiud dan menyebabkan kemusnahan besar,” katanya.
Pasukan penyelamat bertungkus-lumus mencari mangsa terselamat di perkampungan terpencil di Enga
Malah, kampung tersebut musnah sepenuhnya apabila lereng Gunung Mungalo runtuh pada Jumaat lepas, menimbus banyak rumah dan penduduk yang sedang tidur.
“Sudah tiga hari dan tujuh jam sejak bencana melanda. Jadi secara dasarnya, kami berlumba dengan masa tetapi sejauh mana kita dapat memindahkan penduduk ke tempat selamat adalah isu lain,” ujarnya.
Sumber: Kosmo Online