Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Takut Tinggal Seorang, Pelajar IPT Kantoi Tangkap Khalwat

Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) ditahan bersekedudukan bersama pasangan di sebuah pangsapuri di Meru semalam.

takut tinggal seorang, pelajar ipt kantoi tangkap khalwat

Namun, dia memberikan alasan bimbang tinggal berseorangan ekoran rakan serumah pulang ke kampung jadi dia membawa pasangannya ke dalam rumah.

Advertisement

Pelajar perempuan berusia 20 tahun dan pasangan berusia 22 tahun itu ditangkap oleh sepasukan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) pada pukul 11.20 pagi.

Menurut Pengarah JAIPk, Harith Fadzilah Abdul Halim, pihaknya memaklumkan serbuan dijalankan di kediaman berkenaan selepas menerima maklumat awam berkaitan pasangan itu yang tinggal bersama sejak seminggu lalu.

“Ketika ditangkap, pelajar perempuan itu memberi alasan tinggal berseorangan kerana rakan-rakan serumahnya pulang ke kampung masing-masing.

“Bimbang dengan keselamatan diri, dia kemudian menumpang di rumah sewa pasangannya di mana semua rakan lelaki itu juga pulang ke kampung bercuti,” katanya.

Dilaporkan, pelajar terbabit dan pasangannya dibawa ke Pejabat Penguatkuasaan, JAIPk untuk siasatan lanjut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik