Pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia menitiskan air mata ketika sesi temu bual bersama media selepas perlawanan penentuan pingat gangsa di Porte de La Chapelle Arena, Paris semalam.

“Setiap pagi saya bangun, saya nampak macam-macam berita berkaitan nama saya. Saya risau apa yang saya buat (itu) salah,” luahnya.
Advertisement
Lee Zii Jia berjaya menewaskan pemain India, Lakshya Sen 13-21, 21-16, 21-11 sekali gus menyumbang pingat gangsa kedua untuk Malaysia dalam sukan Olimpik Paris 2024.
Sesi temu bual tersebut mendapat perhatian semua rakyat Malaysia yang memberikan kata-kata semangat buat dirinya yang berjuang demi Malaysia.
Malah, ramai yang menyeru untuk menjaga kata-kata dan terus menyokong atlet negara demi menjaga kesihatan mental mereka juga.
Sumber: Kosmo Online