Seorang wanita berusia 29 tahun telah dilaporkan hilang sejak April lalu dan pihak polis masih giat menjalankan pencarian mangsa.

Laporan kehilangan wanita dikenali Nur Asyikin Abd. Rahim, 29, beralamat di Kampung Bahagia, Teluk Intan itu dibuat ibunya pada pukul 9.38 pagi, Khamis lalu.
Advertisement
Menurut Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, pihakmnya memaklumkan wanita itu memberitahu kepada ibunya yang dia mahu pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.
Namun, sejak keluar daripada itu, wanita tersebut gagal dihubungi ahli keluarganya sehingga kini.
“Ibu wanita terbabit memaklumkan tiada perselisihan faham berlaku antara anaknya dan ahli keluarga lain.
“Usaha dijalankan bagi mengesan wanita itu, namun dia gagal ditemukan. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat Khamis lalu oleh ibu wanita terbabit,” katanya.
Polis memohon bantuan orang ramai mengesan wanita berkenaan atau mempunyai maklumat mengenai lokasi wanita itu berada, boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak di talian 05-6299222.
Sumber: Kosmo Online