Peningkatan suhu diramal mencecah 48 darjah Celsius sepanjang ibadat haji yang akan bermula Jumaat ini.

Menurut Jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Muhammad Al-Abdulaali, pihaknya memberi amaran berhubung suhu tinggi yang akan menimbulkan cabaran utama pada musim haji kali ini.
Advertisement
Malah, beliau juga menggesa bakal jemaah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh pihaknya bagi menjaga keselamatan diri semasa musim panas.
Bagi mengelakkan badan mengalami keletihan akibat cuaca panas, para jemaah haji dinasihatkan membawa payung, mengekalkan penghidratan dan mengambil masa rehat ketika mengerjakan rukun haji.
“Kementerian sedang berusaha untuk menyediakan persekitaran yang sihat dan selamat untuk jemaah haji berikutan keadaan iklim yang panas terik,” katanya.
Sumber: Kosmo Online