Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Suami Kantoi Curang 5 Kali, Isteri Tikam Bertubi-Tubi Sampai Mati

Seorang isteri di Thailand bertindak menikam suaminya hingga mati selepas hilang sabar dengan sikap lelaki berkenaan yang berlaku curang sebanyak lima kali dengan lima wanita yang berbeza.

suami kantoi curang 5 kali, isteri tikam bertubi-tubi sampai mati

Memetik laporan Asean Now, suspek yang dikenali sebagai Porn Kruathanu bertindak memukul kepala suaminya, Dech Kruathanu menggunakan tukul sebelum menikam mangsa.

Advertisement

Menurut pihak polis, mereka menemui mayat mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah sebaik tibanya di lokasi kejadian iaitu rumah pasangan tersebut di daerah Bo Haeo.

Namun, selepas kejadian suspek tidak melarikan diri tetapi tetap tenang menunggu polis di dalam rumah mereka.

Siasatan awal mendapati suspek mengaku bahawa rumah tangga mereka bermasalah dan pasangan berkenaan kerap  bertengkar disebabkan kecurangan Dech.

Wanita itu turut berkata, si suami cuba menyerangnya terlebih dahulu, menyebabkan dia terpaksa memukul kepala mangsa dengan tukul.

Mangsa kemudian berlari ke luar rumah sebelum suspek mengekorinya dan kemudian menikam mangsa.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik