Solat jenazah Ghaib Almarhum Ismail Haniyeh akan diadakan di tiga masjid utama selepas solat Maghrib malam ini.

Ia akan dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihaknya menjemput semua muslimin dan muslimat untuk datang.
Advertisement
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Hakimah Mohd. Yusoff, pihaknya memaklumkan solat berkenaan akan berlangsung di Masjid Negara Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya.
“Jakim menjemput orang ramai hadir beramai-ramai bagi menunaikan solat jenazah ghaib tersebut sebagai tanda solidariti umat Islam di Malaysia terhadap perjuangan umat Islam Palestin dalam menentang kezaliman rejim zionis Israel,” katanya.
Sumber: Kosmo Online