Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Siasatan Masih Diteruskan! Peguam Baharu Akui Masih Belum Dapat Berjumpa Ibu Bapa Zayn Rayyan

Peguam Fahmi Abd Moin yang merupakan peguam baharu ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang direman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan memaklumkan belum dapat bertemu dengan pasangan itu.

siasatan masih diteruskan! peguam baharu akui masih belum dapat berjumpa ibu bapa zayn rayyan

“Saya masih belum dapat bertemu kedua-dua anak guam lagi…..tengah berusaha untuk mendapatkan akses melalui pegawai penyiasat sekiranya dibenarkan,” katanya.

Advertisement

Beliau mengesahkan telah dilantik sebagai peguam baharu bagi mewakili pasangan itu.

Terdahulu, ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini di Mahkamah Petaling Jaya bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Malah, siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu pasangan tersebut ditahan di sekitar Puncak Alam.

Untuk rekod, mangsa Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam pada 7 Disember tahun lalu.

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik