Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Si Bulu Berjaya Catat Rekod Dunia

Seekor kucing di China menempa nama dalam Guinness World Records selepas berjaya bermain papan selaju sejauh 10 meter dalam masa 12.85 saat.

si bulu berjaya catat rekod dunia

Kucing  baka bulu pendek Amerika bernama Bao Zi itu mencatatkan rekod dunia tersebut pada usia satu tahun dan lapan bulan.

Advertisement

Pemilik haiwan tersebut, Li Jiangtao berkata, dia pada awalnya memelihara Bao Zi untuk menakut-nakutkan tikus di rumahnya.

Bagaimanapun, jurulatih anjing itu kemudian menyedari bahawa Bao Zi mempunyai bakat luar biasa.

“Saya melihat Bao Zi menunjukkan minat untuk bermain papan selaju, jadi saya melatihnya untuk mengembangkan bakat itu,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik