Baru-baru ini, pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom turut menerima tempias disebabkan kelakuan negatif ‘tentera bawang’ yang disifatkan keterlaluan menyerang akaun media sosial Shinji Nakano selepas insiden pelanggarannya ketika final keirin Sukan Olimpik Paris 2024 minggu lalu.

Tindakan sebahagian netizen Malaysia di laman media sosial itu secara tidak langsung telah mencemarkan imej dan reputasi baik yang dibawa atlet-atlet negara di pentas antarabangsa.
Advertisement
Menerusi perkongsian Shah Firdaus, Nakano merasakan dirinya difitnah dengan begitu teruk dan ia sesuatu yang memalukan kerana pelumba Jepun itu merasakan rakyat Malaysia adalah baik dan berbudi pekerti.
Kini, Shah menanggung rasa malu jika berhadapan dengan Nakano atau pelumba-pelumba Jepun lain dalam kejohanan-kejohanan antarabangsa selepas ini memandangkan mereka mempunyai hubungan baik di trek velodrom.
Sumber: Kosmo Online