Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Netanyahu Sifatkan Serangan Di Rafah Satu Kesilapan Tragis

Puluhan nyawa rakyat Palestin telah terkorban akibat serangan udara di pusat perlindungan di Rafah.

netanyahu sifatkan serangan di rafah satu kesilapan tragis

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah mengakui tindakan tenteranya adalah satu kesilapan selepas rejim Zionis itu melakukan serangan udara di Rafah, selatan Gaza.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ZAYAN (@zayan.my)

Advertisement

Malah, dia bercakap kepada anggota Parlimennya bahawa serangan itu tidak bertujuan untuk menyebabkan kematian terhadap orang awam dan perkara itu akan disiasat.

Tambahnya, dia berkata Israel telah memindahkan kira-kira 1 juta penduduk Palestin yang disahkan tiada kaitan dengan Hamas.

“Di Rafah kami sudah memindahkan kira-kira satu juta penduduk bukan Hamas, walaupun kami berusaha sedaya upaya untuk tidak mencederakan orang ramai, malangnya kesilapan tragis telah berlaku.

“Kami sedang menyiasat insiden ini dan akan membuat kesimpulan kerana ini adalah dasar kami,” katanya.

Pelbagai respon tidak puas hati daripada beberapa anggota Parlimen Israel yang menjerit ke arahnya selepas dia memberi kenyataan tersebut.

Sumber: Sinar Harian
 

SINAR Muzik Retro Terbaik