Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Sediakan RM218,000 Sebulan Untuk Dapat Khidmat Hang Seo

“Adakah sudah bersedia untuk struktur organisasi?”

sediakan rm218,000 sebulan untuk dapat khidmat hang seo

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bersedia untuk membayar lebih dua kali ganda daripada gaji bekas pengendali, Kim Pan Gon jika mereka benar-benar berhasrat untuk mendapatkan khidmat Park Hang Seo.

Advertisement

Gaji bekas pengendali Vietnam itu lebih tinggi daripada gaji Pan Gon di mana badan induk itu membayar Pan Gon di bawah US$20,000 ataupun RM87,000 sebulan kepadanya.

Memetik laporan portal Vietnam, VN Ekspress, Persatuan Bolasepak Vietnam (VFF) dilaporkan membayar gaji Hang Seo sebanyak US$50,000 ataupun RM218,000 sebulan dengan Hang Seo mengendalikan pasukan itu bagi tempoh lima tahun setengah.

“Jurulatih Park menamatkan tempoh lima tahun setengahnya bersama bola sepak Vietnam apabila memutuskan untuk tidak menyambung kontraknya.

“Jurulatih Park menerima gaji sebanyak US$50,000 sebulan sebagai ketua jurulatih pasukan senior Vietnam dan beliau dibenarkan mengambil bayaran penuh daripada pengiklanan,” kata portal terbabit pada tahun lalu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik