Skip to main content

Advertisement

Hiburan

‘Scammer’ Tunggang Agama, Sanggup Tipu Jemaah Haji

Seorang wanita mesra disapa Rose mendedahkan dirinya telah ditipu pihak tak bertanggungjawab mengenai tawaran pakej haji.

‘scammer’ tunggang agama, sanggup tipu jemaah haji

Malah, dia juga kecewa apabila menjadi penipuan haji daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pengurus sebuah agensi pelancongan melalui Facebook.

Advertisement

Proses yang dia lakukan adalah dengan menawarkan pakej haji rendah RM25,000 dengan menyediakan kemudahan pengangkutan persendirian dan tempat tinggal di hotel lima bintang berhampiran Masjidilharam.

Tambahnya, dia turut dijanjikan visa haji 'Nusuk' untuk mengerjakan haji termasuk diberikan kepada dua jemaah wanita yang turut bersamanya menyertai pakej itu.

“Saya berkorban dengan menggadai barang kemas dan menjual sebuah kereta semata-mata untuk mencukupkan duit bagi menyertai pakej haji itu dan tidak kisah bergolok-bergadai kerana yang penting dapat mengerjakan haji dan berdoa ketika di Tanah Suci Makkah demi anak tercinta,” katanya.

Mangsa memaklumkan mereka bertiga berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 9 Mei lalu, dengan penerbangan AirAsia, yang disediakan agensi berkenaan.

Pada awalnya, mereka tidak menyangka akan diperdaya dan apabila tiba di lapangan terbang Madinah, wanita berkenaan tidak muncul setelah beberapa jam menunggu serta gagal dihubungi.

Lebih menyedihkan, dia barulah sedar ditipu ketika itu dan apabila menghubungi rakan lain bagi mendapatkan maklumat, mereka menyatakan agensi itu sudah banyak kali melakukan penipuan kepada jemaah Malaysia.

Sumber: Harian Metro
 

SINAR Muzik Retro Terbaik