Skip to main content

Advertisement

Hiburan

“Saya Dedikasi Pingat Emas Ini Untuk Semua” – Cheah Liek Hou

Jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou menyifatkan pingat emas yang dimenangi pada Sukan Paralimpik Paris 2024 malam tadi merupakan hadiah istimewa buat rakyat Malaysia.

“saya dedikasi pingat emas ini untuk semua” – cheah liek hou

Menerusi hantaran di Insta Stornya hari ini, Liek Hou turut menyatakan ucapan terima kasihnya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi oleh seluruh rakyat yang menyokongnya.

Advertisement

Beliau yang muncul juara menerusi acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal) juga berkata, dia akan cuba membalas sokongan itu pada suatu hari nanti.

“Terima kasih banyak atas sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia. Liek Hou akan cuba satu satu balas nanti.

“Liek Hou dapat rasa sokongan daripada anda semua. Sekarang sini sudah 3 pagi. Nanti saya sambung lagi ya. Liek Hou telah berjaya dan pingat emas ini adalah untuk anda semua,” tulisnya.

Di dalam hantaran tersebut, beliau turut menunjukkan bahagian depan dan belakang serta ukiran pingat emas yang berjaya dimenanginya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik