Seorang penjaga lembu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas Mahkamah Sesyen Seremban, hari ini mendapatinya bersalah merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.

Hakim, Datin Surita Budin membuat keputusan tersebut selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, Amran anak kepada Yap 24, selepas tiga pertuduhan dibacakan kepadanya.
Advertisement
Mahkamah juga memerintahkan hukuman ke atas kesemua pertuduhan terbabit berjalan serentak dan berkuatkuasa dari tarikh tangkapan iaitu 17 Oktober 2024.
“Setelah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh di peringkat awal dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, dan juga tertuduh mengenali mangsa serta merupakan pesalah pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas tertuduh dari tarikh tangkapan,” katanya.
Sumber: Kosmo Online