Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Ribut Matahari ‘Meletus’ Sebabkan Gangguan Gelombang Radio

Amaran gelombang radio terputus berpunca daripada matahari yang membebaskan lebih 12 aliran zarah bertenaga ke Bumi dalam tempoh 24 jam lalu.

ribut matahari ‘meletus’ sebabkan gangguan gelombang radio

Menurut Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), pihaknya mengeluarkan amaran tersebut semalam, yang berkemungkinan menyebabkan 65 peratus isyarat radio, komunikasi penerbangan dan operasi satelit terganggu dalam minggu ini.

Advertisement

Malah, pihaknya juga mendedahkan gelombang radio terputus di beberapa bahagian Lautan Pasifik dan kawasan lain pada pagi semalam.

Tambahnya, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) juga memberitahu MainOnline bahawa ribut Matahari dijangka berlaku dalam beberapa minggu akan datang.

Ribut Matahari ialah letusan sinaran elektromagnet da ia meletus keluar dari bintik Matahari dan terdapat sekurang-kurangnya 12 bintik aktif pada masa ini di bahagian yang menghadap Bumi.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik