Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Remaja Dedah Guna MyKad Ibu, Menyamar Jadi Doktor

Kecoh apabila seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan kerana menyamar sebagai doktor semalam.

remaja dedah guna mykad ibu, menyamar jadi doktor

Dia dikatakan menggunakan MyKad ibunya bagi menceroboh masuk dewan bedah Hospital Sultan Idris Shah, Serdang (HSIS).

Advertisement

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, pihaknya mengesahkan perkara tersebut memang berlaku.

“Benar (suspek guna MyKad ibunya),” katanya.

Remaja tersebut kini ditahan, direman selama dua hari sehingga esok menerusi perintah reman dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret di Sepang.

Tahanan reman ke atas suspek itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dan 170 Kanun Keseksaan iaitu menceroboh dan menyamar penjawat awam.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik