Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun tular membakar seekor anak kucing hidup-hidup.

Dia diperintah bon berkelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kesakitan terhadap haiwan tersebut.
Advertisement
Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz memerintahkan demikian terhadap tertuduh yang pesalah juvana itu selepas meneliti laporan akhlak yang dikemukakan Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM).
Selain bon berkelakuan baik mahkamah turut memerintahkan tertuduh wajib menjalani Bengkel Interaktif yang dianjurkan JKM dalam tempoh setahun dan sekatan keluar rumah bermula pukul 10 malam hingga 6 pagi.
Peguam Lee Teong Hooi yang mewakili tertuduh ketika ditemui selepas prosiding berkata, semasa rayuan tertuduh mengakui kesalahannya selain menyatakan hasrat ingin membela kucing.
“Tertuduh mohon maaf kepada mahkamah, berjanji tidak akan buat lagi dan dia turut mengatakan ingin membela kucing bagi menebus kesalahan yang telah dilakukan,” kata peguam itu.
Sumber: Kosmo Online