Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rebah Di Gelanggang! Pemain Badminton China, Zhang Zhi Jie Disahkan Meninggal Dunia

Peminat badminton terkejut dengan pemergian pemain badminton muda China, Zhang Zhi Jie yang telah meninggal dunia selepas rebah di gelanggang semasa perlawanan Kejohanan Badminton Junior Asia di Yogyakarta semalam.

rebah di gelanggang! pemain badminton china, zhang zhi jie disahkan meninggal dunia

Zhi Jie turun dalam perlawanan ketiga apabila regu campuran China bertemu Jepun di GOR Among Raga Yogyakarta tengah hari semalam.

Advertisement

Malah, perlawanan yang disiarkan secara langsung itu memaparkan Zhi Jie yang sedang berdepan  Kazuma Kawano tiba-tiba rebah di tengah gelanggang.

Pasukan perubatan bergegas memberikan bantuan kecemasan sebelum dia dibawa ke hospital berdekatan dengan menaiki ambulans.

Selepas menerima rawatan rapi di hospital berkenaan, Zhi Jie tidak dapat diselamatkan.

Pemain muda berumur 17 tahun itu disahkan meninggal dunia pukul 11.20 malam (waktu tempatan).

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik