Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakyat Takut Virus Chandipura Serang India, 32 Maut

Rakyat India risau dengan serangan virus Chandipura yang telah tersebar di negeri Gujarat dengan lima kematian direkodkan.

rakyat takut virus chandipura serang india, 32 maut

Media tempatan melaporkan lebih 13 kes baharu dicatakan dan jumlah jangkitan yang disahkan dan disyaki di negeri tersebut meningkat kepada 84 setakat ini, manakala jumlah kematian bertambah kepada 32.

Advertisement

Menurut jabatan kesihatan, sampel semua kes disyaki telah dihantar ke Institut Virologi Kebangsaan (NIV) untuk diagnosis lanjut.

Negeri itu melaporkan kematian pertama virus Chandipura pada Rabu minggu lepas, sekali gus mendorong jabatan kesihatan negeri mengeluarkan arahan untuk menjalankan pemantauan dan penyeliaan harian di peringkat tempatan.

Ia bertujuan mengesan potensi jangkitan dan mengawal penyakit itu.

Pelbagai langkah telah dilakukan untuk mengawal jangkitan virus tersebut yang disebarkan menerusi  vektor seperti nyamuk, kutu dan lalat pasir.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik