Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Rakyat Takut Kes Hilang Meningkat, 10 Orang Masih Hilang Di Pahang

Kebanyakan rakyat risau akan kes kehilangan yang banyak berlaku ketika ini terutamanya ia melibatkan kanak-kanak, wanita dan warga emas.

rakyat takut kes hilang meningkat, 10 orang masih hilang di pahang

Sebanyak 27 kes orang hilang dilaporkan di seluruh negeri Pahang dalam tempoh tujuh bulan sehingga Julai tahun ini dengan 17 daripadanya telah berjaya diselesaikan.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, sebanyak 10 kes masih belum diselesaikan dengan daerah Bera merekodkan kes tertinggi sebanyak empat kes diikuti daerah Lipis sebanyak tiga kes dan masing-masing satu kes di Kuantan, Pekan dan Jerantut.

“Sebanyak 10 kes belum berjaya diselesaikan termasuk kes terbaharu melibatkan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang di Kampung Redan, Mela, Lipis pada 28 Jun lalu.

“Usaha mencari lelaki yang hilang melebihi 14 hari itu masih lagi diteruskan dan setakat ini tiada petunjuk baharu ditemui,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas penemuan seorang remaja di Bentong yang dilaporkan hilang pada 15 Julai lalu, Nur Aina Faqihah Sharizan, 17, Yahaya berkata, siasatan lanjut masih lagi diteruskan bagi mengetahui punca kehilangan remaja tersebut.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik