Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Tangguh Operasi Cari Barang Nur Farah Kartini Akibat Air Sungai Naik

Operasi mencari barangan milik bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, pada hari kedua di Sungai Trolak, di sini hari ini ditangguhkan.

polis tangguh operasi cari barang nur farah kartini akibat air sungai naik

Petugas media yang berada di lokasi pencarian sejak pukul 9 pagi dimaklumkan penangguhan operasi itu dibuat berikutan ketinggian air sungai mencecah tiga meter, berbanding paras biasa iaitu satu meter.

Advertisement

Keadaan itu dikatakan berlaku berikutan cuaca hujan di lokasi tersebut.

Keadaan air yang keruh, dasar sungai yang berbatu serta dahan pokok besar serta tajam dipercayai menjadi antara punca operasi pencarian tersebut ditangguhkan hari ini demi keselamatan anggota bertugas.

Difahamkan operasi mencari bahan bukti kes pembunuhan tersebut akan disambung setelah keadaan di sungai berkenaan selamat.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik