Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Polis Sahkan Ada Barang Hilang, ‘Influencer’ Pecah Masuk Rumah Bekas Suami

Baru-baru ini, kecoh apabila seorang pempengaruh media sosial ditahan selepas dipercayai memecah masuk kediaman lelaki itu kira-kira dua minggu lalu.

polis sahkan ada barang hilang, ‘influencer’ pecah masuk rumah bekas suami

Polis ada menerima laporan dan pihaknya mengesahkan ada beberapa barangan yang hilang di rumah bekas suami tersebut.

Advertisement

Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, siasatan mendapati wanita tersebut mengaku dia melakukan perbuatan tersebut.

Sehubungan itu, siasatan masih diteruskan dan kes tersebut dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

“Siasatan lanjut mendapati, ada barang yang hilang di dalam rumah bekas suami suspek yang terlibat dalam kes itu.

“Wanita terbabit juga masih dalam tahanan reman. Apabila kertas siasatan lengkap, kita akan serah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk prosiding pendakwaan,” jelasnya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik