Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Yu Cheng Hilang Sejak 25 Mei Lalu, Pencarian Giat Dijalankan

Polis meminta bantuan awam untuk mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari kediamannya di kondominium Dataran Prima, Petaling Jaya, sejak 25 Mei lalu.

yu cheng hilang sejak 25 mei lalu, pencarian giat dijalankan

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar, pihaknya memaklumkan remaja yang hilang berusia 14 tahun dan bernama Lin Yu Cheng.

Advertisement

Pihaknya menerima laporan kehilangan tersebut pada pukul 3.04 petang oleh keluarga remaja itu, semalam.

“Remaja itu berketinggian 155 sentimeter, berat kira-kira 42 kilogram, berkulit warna kuning susu, berambut hitam dan berbibir nipis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shahrulnizam berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau berhubung terus dengan Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik