Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pocong Tidak Pakai ‘Helmet’, Orang Lain Kena Saman

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila tular gambar seorang penunggang motosikal di Pasuruan, wilayah Jawa Timur dan penampakan lembaga dipercayai pocong yang menaiki motosikalnya.

pocong tidak pakai ‘helmet’, orang lain kena saman

Menurut perkongsia di laman X @idaman_makmu, gambar tersebut jelas menunjukkan penampakan lembaga berkenaan dan dia berkongsi satu saman yang dikenakan terhadap penunggang tersebut. 

Advertisement

Bagaimanapun, saman itu berjaya merakamkan ‘penumpang’ susuk putih yang sedang duduk di belakangnya pada waktu tengah malam. 

Namun, lelaki itu hairan apabila dia dikenakan saman kerana pocong itu melanggar peraturan lalu lintas. 

“POV apabila anda disaman bukan kerana anda, tetapi pocong yang tidak memakai topi keledar,” tulisnya di hantaran itu.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik