Skip to main content

Advertisement

Hiburan

PM Umum RM15 Juta Untuk Harimau Malaya, Perkukuh Bola Sepak Negara

Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM15 juta kepada pasukan Harimau Malaya bagi memperkukuh pembangunan bola sepak negara.

pm umum rm15 juta untuk harimau malaya, perkukuh bola sepak negara

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau memaklumkan daripada jumlah berkenaan RM10 juta disumbangkan oleh kerajaan, manakala RM5 juta daripada pihak swasta.

Advertisement

Peruntukan ini adalah khusus buat pengurusan, latihan dan kebajikan para pemain.

“Saya mengambil keputusan secara peribadi untuk memantau dan membantu memperkukuh pasukan Harimau Malaya di Malaysia ini.

“Kalau kita dapat pengurusan dan jurulatih yang menunjukkan komitmen mereka, saya percaya kita mampu mengangkat nama dan kewibawaan Harimau Malaya mewakili negara Malaysia,” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik