Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Pesakit Nak Bunuh Diri, Cuba Terjun Bangunan Hospital

Tindakan pantas anggota berjaya menyelamatkan seorang pesakit yang cuba terjun dari tingkat satu bangunan Hospital Duchess Of Kent (HDOK) di sini petang semalam.

pesakit nak bunuh diri, cuba terjun bangunan hospital

Lelaki berusia 33 tahun terbabit berjaya diselamatkan selepas lebih dua jam pihak hospital dan bomba memujuknya untuk menyerahkan diri.

Advertisement

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2.56 petang.

“Sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan digerakkan ke lokasi kejadian bagi operasi menyelamat. Sebaik tiba di lokasi, seorang lelaki didapati cuba untuk terjun dari tingkat satu bangunan HDOK.

“Pasukan penyelamat kemudiannya memujuk lelaki terbabit dan berjaya menangkapnya. Mangsa cedera ringan di bahagian bahu kiri dan diberi rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik