Rusuhan yang berlaku di Britain ketika ini telah menyebabkan ramai individu tercedera dan terbunuh.

Malah, sebuah video menunjukkan detik orang ramai membaling bom petrol ke arah kereta polis ketika rusuhan masih berterusan di sebuah bandar di Britain.
Advertisement
Lebih membimbangkan apabila bom api terus menghujani kawasan Sandy Row di Belfast, Ireland Utara, ketika keganasan berterusan hingga lewat malam.
Polis pencegah rusuhan dikerah ke kawasan itu, berhampiran sebuah pasar raya yang dibakar.
Perusuh membaling botol, bom petrol dan papan ke arah kenderaan polis semasa pergolakan tersebut.
Polis anti rusuhan lengkap berperisai dilihat berdiri teguh ketika berdepan dengan perusuh.
Sumber: Kosmo Online