Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Penjaga Rumah Amal GISB Dituduh Aniaya, Rotan Kanak-Kanak

Seorang penjaga rumah amal yang dikaitkan dengan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) didakwa di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menganiaya dengan merotan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun.

penjaga rumah amal gisb dituduh aniaya, rotan kanak-kanak

Tertuduh Mohd. Syahid Hanapiah, 35, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Lailatul Zuraida Harron@Harun.

Advertisement

Mengikut pertuduhan, Mohd. Syahid didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun telah menganiaya kanak-kanak itu dengan cara merotannya yang mungkin menyebabkan mengalami kecederaan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Bandar Country Homes, Rawang di sini antara Februari hingga September lalu (2024).

Jadi, pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik