Skip to main content

Advertisement

Hiburan

Bukan Kepulan Asap Biasa, Bulatan Hitam Misteri Tiba-Tiba Muncul Di Langit

Penduduk di bandar Yulin, utara China terkejut apabila melihat satu bulatan asap berbentuk cincin muncul di langit dengan punca pembentukannya masih menjadi misteri.

bukan kepulan asap biasa, bulatan hitam misteri tiba-tiba muncul di langit

Video tersebut tular di media sosial dan ia jelas memaparkan pelbagai sudut menunjukkan asap hitam itu berlegar-legar di langit Yulin, wilayah Shaanxi pada minggu lalu.

Advertisement

Ramai yang menganggap ia mungkin disebabkan oleh zarah terapung tetapi gagal hilang dengan cepat.

Formasi tersebut pernah muncul di beberapa lokasi di dunia, namun menjadi tular disebabkan kegagalan mana-mana pihak untuk menentukan punca ia terjadi dengan tepat.

Menurut pakar-pakar, mereka mencadangkan beberapa kemungkinan kejadian itu di Yulin, dan kebiasaannya berpunca daripada dua sebab utama.

Pertama adalah disebabkan oleh pembakaran dari sumber berdekatan seperti kilang atau pembentukan semula jadi yang berlegar-legar di udara kerana perbezaan tekanan.

Serangga halus berkemungkinan menjadi sebab kedua yang utama kerana ia diketahui sering berkumpul dengan banyak untuk mengawan.

Sumber: Kosmo Online
 

SINAR Muzik Retro Terbaik