Penduduk di bandar Barcelona, Sepanyol hairan apabila melihat beberapa objek terbang tidak dikenali (UFO) berlegar-legar di sisi pelangi berkembar yang muncul di langit bandar tersebut sebelum Sepanyol dilanda banjir dahsyat.

Rakaman video insiden itu oleh penduduk tempatan menunjukkan kumpulan UFO bercahaya terbang dalam formasi rawak di langit ketika cuaca mendung.
Advertisement
Memetik laporan Kosmo Online, kumpulan UFO itu muncul di antara dua pelangi berkembar dan berlegar-legar selama beberapa saat sebelum hilang dari penglihatan.
Malah, mereka juga mendengar suara dalam klip video bertanyakan tentang objek tersebut dengan individu lain menjawab ia adalah UFO.
Sumber: Kosmo Online / The Sun UK